Followers

Sunday, January 4, 2015

Kobis goreng sos tiram

Sejak hujan-hujan ni, susah betul nak dapatkan sayur. Adalah sayur kobis, lobak dan bunga kobis dijual di kedai runcit. Jadi daripada tiada sayur, baik beli je dan buat sayur kobis goreng.



Bahan-bahan sayur :

Kobis
Lobak merah
Bunga kobis

**boleh tukar sayur lain jika suka

Bahan tumis :

5 ulas bawang putih ~hiris nipis
1 tangkai cili merah ~hiris serong
1 keping fish cake ~hiris nipis

Bahan sos :

Sos tiram

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur-sayuran dan sos tiram. Letak sedikit gula. Tidak perlu letak garam kerana sos tiram sudah agak masin.
3. Gaulkan sebati dalam 2 - 3 minit. Tutup api, siap untuk dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.

4 comments:

Unknown said...

😂 c a n t i k a r h h..

teratai said...

Oh tq

teratai said...

Oh tq

zeff said...

kalau nak berkuah sikit, macam mana sis?

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...