Followers

Sunday, December 28, 2014

Bawal Masak Sweet Sour



Kelip-kelip kehidupan...: Bawal Masak Sweet Sour: Mula-mula tu ingat nak masak lauk ikan tenggiri. Tapi ubah kepada ikan bawal apabila si ayahnya membeli 5 ekor ikan bawal hitam. Saiznya sed...

 

Sunday, December 14, 2014

Senja di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Nama Pantai Batu Burok, bukanlah nama asing bagiku. Aku membesar di sini. Banyak kenangan indah terpahat dalam sanubariku bila berkunjung ke pantai ini. Tika pulang pada cuti sekolah baru-baru ini, aku berkunjung lagi ke pantai Batu Burok bersama-sama Wani, Ira dan Syu.

Sambil anak-anakku menyelusuri gigian air laut dengan desiran ombak yang memukul pantai, aku berlabuh di pinggiran pasir pantai halus bak sutera sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. MasyaAllah cantik sungguh alam ciptaanMU.


Ku lihat sepasang ibubapa sedang leka melayani sianak bermaian di  pantaiMU. Bersyukurlah kerana masih mampu merasai keindahan ini!

Tertarik juga aku kepada lambaian layang-layang yang berewangan di langit biruMU. Begitu indah sekali.


Nun dikejauhan kelihatan seperti burung-burung sedang berterbangan di langit biruMU. Sempat aku merakamkan layang-layang burung ini apabila ia berterbangan berhampiran dengan tempat ku bersantai.


Kenangan indah kini tersemat indah disanubariku setiap kali aku dan anak-anak mengunjungi pantai ini. Terima Kasih Ya Allah!

Monday, December 1, 2014

Cuti Sekolah

Rabu, 25 November 2014

Aku, Wani, Ira dan Syu bertolak menuju ke Kuala Terengganu pada jam kira-kira 11 pagi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan itu, berjalan lancar walaupun banyak kenderaan di jalan raya. Sepanjang perjalanan, aku asyik membaca ayat Qudsi memohon Allah lindungi perjalanan kami.

"Lapar tak?", tanya ku kepada Wani, Ira dan Syu setelah ku lihat jam menghampiri  waktu 2 petang. Serentak dijawab oleh Ira dan Syu.."Lapar gok!". Ketika itu, kami sudah menghampiri Pantai Kelulut. Ternampak deretan kedai makan. "Ok, kita singgah sini", kataku, sambil aku memakirkan kereta di lot parking berhampiran.

"Eh...tak buka kedai lagi ke?" tertanya-tanya kami sekeluarga apabila terlihat banyak kedai tiada pelanggan dan pekedai pun macam tak sedia nak berniaga aje. Nasib baik dijawab persoalan tu oleh seorang makcik " masakan panas dah ada..duduklah dimana-mana meja", kata makcik itu.

Kami memilih meja yang menghadap ke laut. Indah sungguh pemandangan pantai Kelulut ini. MasyaAllah cantiknya ciptaanMU Ya Allah detik hatiku...ku abadikan beberapa keping gambar dengan telefon S 2 ku.




Usai menikmati nasi goreng kampung dan nasi goreng tomyam, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu rumah tokma di Kuala Terengganu. Kami tiba di rumah tokma kira-kira jam 3 petang.

Bersyukur kepadaMU kerana melindungi perjalanan kami ke rumah tok ma. Alhamdulillah.

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...